Wednesday, December 24, 2014

GUBAHAN HANTARAN PROMOSI AKHIR TAHUN!!! HARGA MURAH GILERRRRR!!!

Assalamualaikum semua!!!

Sempena dah nak habis tahun 2014 ni, Bunga Hantaran By Aida nak buat promosi lahhh.

Khas untuk bakal pengantin semua, promosi ni sampai 31 December 2014 shj.
Majlis anda tahun depan pon x apa...asalkan booking sekarang.

Sooooo....tunggu apa lagi...jom booking sekarang.

Harga murah ni..


Kalau selalu fresh flower saya charge antara RM90-120 satu tray tapi untuk promosi kali ni hanya RM75 satu tray. Tapi limited kepada bunga segar tempatan shj...kalau nak bunga yang mahal2 tu yg import over da sea...mmg x dpt la harga murah macam ni kan....hehehhe

Untuk artificial flower pulak, selalunya harga antara RM75-RM85 satu tray tapi untuk promosi akhir tahun ni saya bagi hanya RM65 satu tray.

Siap dapat free bridal bouquet sekali.

Cepat watsapp untuk booking!! 019 910 2549 (aida)
Kalau nak tengok macam2 gubahan yang pernah saya hasilkan...boleh la tengok kat FB Bunga Hantaran By Aida.

Selamat Tahun Baru!!!!


Assalamualaikum.....


Monday, October 13, 2014

TIPS MENGEKALKAN KESEGARAN BUNGA SEGAR @ FRESH FLOWER

Assalamualaikum...

Hai bride -to-be (B2B).syoknye nak kawennnnnn...Dah cek semua barang?
Kene buat checklist baru lah your preparation in order.
Benda yang kecil2 pon kena ambil kira juga.

This time I would like to share a tips on how to make sure your fresh flower remain fresh.

Kalau pengantin menggunakan fresh flower sebagai hiasan utk bilik, gubahan hantaran atau hand bouquet, benda paling penting difikirkan ialah menjaga kesegaran bunga tersebut.Apa caranya?

AIR SEJUK @ ICE
Yes!!! Just use ice cube or air sejuk dari peti sejuk untuk merendam bunga. Kalau bunga tersebut digunakan untuk hiasan di bilik atau sudut pelamin, just fill up your vase with water and add 2-5 ice cube ke dalam bekas pasu. Air yang sejuk dapat mengekalkan kesegaran bunga tersebut. Cara ni memang berkesan dan saya sendiri selalu menggunakan teknik ini.

Kalau nak rendam hand bouquet (HB), anda boleh rendam HB tu dalam gelas dan letakkan ice 2 ketul.

Untuk gubahan hantaran pula, semburkan saja menggunakan air sejuk ke atas bunga2 tu. Confirm segar semula

Saya selalu memberi tips ini untuk pelanggan saya yang tidak mempunyai air-cond di rumah.
Bukan senang nak jaga fresh flower lagi2 cuaca panas dan x ada air-cond.

Ada sesetengah tips menggunakan Panadol yang dihancurkan dan dicampur didalam air. Then guna air tersebut untuk rendam bunga segar. Tips ni saya belum pernah cuba dan x tau sahih ke x.

So B2B, x perlu risau lagi kalau nak buat hantaran @ hand bouquet guna fresh flower sebab dah ada tips ni.

Ini beberapa hantaran gubahan saya yang menggunakan fresh flower and the flower still fresh on the next day.








OK..selamat mencuba


Assalamualaikum

Wednesday, September 24, 2014

SENARAI BARANG HANTARAN BERTUNANG DAN PERKAHWINAN

Assalamualaikum.....

Hai semua B2B..Preparation kahwin dah siap ke?Mesti seronokkan nak buat preparation.
Masa saya nak kahwin dulu, semua benda nak buat sendiri. Tak nak orang tolong kononnye....
Tapi, at last saya kene minta tlg my mom to help me on certain thing yang saya tak sempat nak buat. My advise to B2B out there, let your family help you on your wedding. Delegate task/job with your family and friend. Don't work alone..OK.

This time saya nak share senarai barang yang sesuai sebagai hantaran dari pihak lelaki dan pihak perempuan.

Normally, jumlah dulang yang akan diterima oleh pihak perempuan adalah kurang dari pihak lelaki. Maksudnya, pihak lelaki akan memberi 5 dulang hantaran dan akan di balas dengan 7 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Kalau nak banyak lagi dulang hantaran, lelaki bagi 7 so side perempan akan balas 9 dulang.

Apa barang yang sesuai untuk diberikan sebagai hantaran? barang untuk bertunang sama ke dengan masa nikah nant? Benda ni selalu memeningkan kepala B2B untuk fikir...betul x?

Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang

Selalunya, untuk majlis bertunang barang yang sesuai diberikan adalah yang simple dan tidak terlalu 'mewah'. Banyakkan makanan pun ok....yang manis2.

Berikut adalah contoh senarai barang untuk majlis bertunang dari kedua-dua belah pihak:

Dari Pihak Lelaki:
  1. Sireh junjung/tepak sireh  - sebagai pembuka bicara semasa majlis bertunang nanti.
  2. Cincin: selalunya cincin belah rotan. tapi kalau nak grand lai, bagi la cincin berbatu-batu
  3. Kain nikah
  4. Kek/cup cake
  5. Coklat
  6. Telekung
  7. Buah-buahan
Dari Pihak Perempuan
  1. Sireh junjung/tepak sireh
  2. Kain nikah. Nak letak sekali dengan kain sampin pon boleh juga.
  3. Coklat :- pilih coklat yang handmade, atau yang packaging yang cantik.
  4. Tart
  5. Kek/cup cake
  6. Sejadah
  7. Buah-buahan:- Pilih buah yang cantik i.e strawberry, kiwi, oren,epal, dragon fruit. Tak perlu letak banyak. setiap jenis buah letak 1-2 biji je.
  8. Baju :-Tshirt/Kemeja. Nak bagi sekali dengan seluar pon boleh
  9. Buku agama :-Persediaan untuk bakal suami sebelum perkahwinan
Ini adalah antara barang yang sesuai untuk majlis bertunang. Tak perlu bagi barangan tertentu lagi. Banyakkan makanan adalah paling sesuai sebab orang tua-tua cakap manisan tu menunjukkan kemanisan dialam pertunangan menuju gerbang perkahwinan.

Senarai Barang Hantaran Untuk Nikah/Kahwin

Masa majlis nikah, barulah bagi barang-barang yang grand2 dan bling-bling...hehheheheheh.
Untuk jimatkan tray/dulang, saya cadangkan B2B combinekan barang dalam satu dulang. Tapi make sure barang yang nak combine tu sesuai, macam baju dengan seluar or wallet dengan belt.

Berikut adalah barang yang sesuai untuk majlis nikah:

Dari Pihak Lelaki
  1. Cincin/gelang. Boleh combine dengan duit mas kahwin. Letak dalam satu dulang.
  2. Duit Hantaran
  3. Kasut  dan purse/clutch bag. Kalau nak pilih hand bag, cari yang tidak terlalu besar. senang nak letak atas dulang nant.
  4. Toiletries/set perfume
  5. Gadget :-HP,tablet,camera
  6. Jam tangan
  7. Buah-buahan :- buat strawberry celup coklat pon cantik. Then combine dengan coklat i.e Ferrero or any coklat yang cantik packagingnya.
  8. Telekung dan Al-Quran/tafsir
  9. Sireh junjung :-optional.ada sesetengah orang tak nak bagi dah masa nikah sebab bertunang dah bagi. tapi, kalau ikut adat, bg je lah....
Dari Pihak Perempuan

  1. Cincin :-pilihan cincin untuk lelaki adalah suasa, platinum atau silver as long tiada kandungan emas
  2. Gadget :-HP, tablet, camera
  3. Kasut:- kasual or formal shoe. Boleh combine dengan stoking sekali
  4. Wallet dengan belt
  5. Kemeja dengan seluar. Boleh combine dengan neck tie sekali.
  6. Jam tangan :_kalau lelaki dah bagi jam tangan, so pihak perempuan juga kena lah ada jam tangan..kena lah couple watches
  7. Set perfume/ toiletries
  8. Kain pelekat/sejadah & Al-Quran
  9. Buah-buahan & Cokelat
  10. Manisan/kek
  11. Sireh junjung:-kalau side lelaki bagi, so side perempuan pon kene bagi.
Kalau nak rare lagi, mungkin boleh bagi kasut bola, jersey bola, helmet motor or anything yang pasangan anda nak.
Make sure barang yang kita hadiahkan ni akan digunakan. Bukan hanya di simpan sampai jadi pekasam.....
Perbincangan both side tu penting untuk tentukan barangan yang nak di beri. Jadi tak adalah last minute baru nak beli barang. Beli lah barang masa mega sale.

Hopefully entry saya ini membantu B2B untuk membuat persiapan perkahwinan dan memilih senarai barang hantaran yang sesuai.

Assalamualaikum.....



Sunday, September 7, 2014

Hand Bouquet Brooch & Artificial Flower

Assalamualaikum to all B2B...

Kali ini saya akan berkongsi antaran koleksi bunga tangan pengantin @ bridal hand bouquet dari Bunga Hantaran By Aida.

Trend terbaru pengantin sekarang ialah menggunakan brooch sebagai hand bouquet.
Tetapi untuk menampakkan hand bouquet tersebut tidak terlalu sarat dengan brooch, saya lebih suka menggunakan bunga form atau artificial flower di dalam gubahan bunga tangan.

Jom tengok beberapa koleksi yang saya hasilkan untuk pelanggan.



Hand bouquet untuk bridesmaid pon ada...
Saiz yang comel2 & sweet je untuk di pegang. Macam gubahan bawah ni...




Kalau berminat untuk menempah hand bouquet untuk pengantin dan bridesmaid,
jom buat tempahan sekarang dengan Bunga Hantaran By Aida.

HB Pengantin RM120-RM150 (mengikut jenis bunga)
HB Bridesmaid RM50-RM80 (mengikut jenis bunga)

Cepat call/watsapp 019 910 2549 untuk tempahan.

Lots of love...Aida

Assalamualaikum...

Friday, August 29, 2014

Gubahan Sireh Junjung Klasik Moden

Assalamualaikum

Untuk entry kali ni, saya akan berkongsi mengenai sireh junjung.
Sireh junjung kebiasaannya digunakan sebagai pembuka bicara adat didalam perkahwinan Melayu.
Kalau dulu2...sireh junjung melambangkan darjat si penerima. Makin tinggi sireh junjung tersebut,so makin tinggi darjat penerima di pandang. Thats why sireh junjung zaman dulu2 tinggi2 belaka.

Tapi, zaman moden ni...sireh junjung telah melalui satu perubahan atau inovasi.
Gubahan tidak perlu terlalu sarat dan tidak pula terlalu tinggi sehingga menyusahkan orang yang nak bawa.
Cukuplah sekadar memenuhi adat Melayu dengan membawa sireh junjung.
 
Di dalam gubahan sireh junjung pula, bukan sekadar dihiasi dengan daun sireh dan bunga semata2.
Tetapi beberapa bahan iringan perlu lah ada....Barang ape tu??

Haa...dalam sireh junjung kene lah ada gambir, kapur, pinang yang diracik (dihiris nipis). This is the basic bahan yang kena ada. But, because of modern innovation, beberapa bahan lain juga telah ditambah macam kulit kayu manis dan bunga cengkih sebagai hiasan..nak tambah bau wangi sireh junjung tuu.

Semua bahan ni dah siap di bentuk dan di gubah menyerupai sekuntum bunga. Kalau nak buat sendiri memang x pandaikan....so just beli kat kedai bunga or kat Jalan Masjid India tu...dorang ada jual kapur, gambir, bunga cengkih dgn pinang yang dah siap gubah. Cantik dan mudah.

Sireh junjung sebenarnya sangat mudah untuk digubah sendiri....
Kalau nak tau cara menggubah sireh junjung, kene lah beli magazine Pengantin edisi Noveber 2015.
Dalam tu ada kolum DIY sireh junjung dari saya Bunga Hantaran By Aida.

Ok..saya share beberapa contoh sireh junjung yang saya telah hasilkan untuk client.

If berminat untuk booking, boleh call/watsapp 019 910 2549 (Aida).

Harga start from RM150 untuk sireh junjung (bergantung kepada jenis gubahan dan bunga yang digunakan).






Tuesday, August 26, 2014

Hantaran Bunga Tiruan Simple Tapi Eksklusif Peach & Oren

Assalamualaikum...

Hari ni kami ingin berkongsi beberapa hantaran pelanggan kami bertemakan simple & eksklusif.
Kami menggunakan warna peach dan oren dan ditambah dengan aksesori bola kristal sebagai hiasan untuk menampakkan ciri eksklusif pada hantaran tersebut.

Jom kita tengok hasilnya..



 This is half of the hantaran arrangement. Our client happy with the flower arrangement.
So, for B2B out there who still looking for hantaran decoration and arrangement services, do call us for any queries or booking.
We'll offer the best price with high quality services.

Contact us now!!!
019 910 2549 (aida) watsapp/msg

Lots of love....Aida.

Assalamualaikum...

Monday, July 14, 2014

Hamper Raya Eksklusif Dan Murah

Assalamualaikum...

Sempena musim perayaan ni, kami ada membuat hamper untuk musim perayaan.
Hamper kami berkonsepkan vintaj dan sangat sesuai untuk pemberian eksklusif.

Bersesuaian dengan konsep eksklusif, kami menggunakan balang bercorak vintaj untuk biskut yang disediakan di dalam hamper.
Biskut yang disediakan juga adalah 'homemade'..rasa pon sangat sedap.

Memang tak rugi kalau anda membeli hamper ini sebab ianya sangat istemewa.




Cantik kan...
So cepat lah buat tempahan anda!!!
watsapp/msg aida 019 910 2549

Untuk koleksi hamper raya 2016 sila klik di SINI.


Saturday, June 7, 2014

TIPS DAN IDEA BUNGA TANGAN @ HAND BOUQUET PERKAHWINAN

Assalamualaikum

Hai bride to be!!Macamana preparation kahwin?Dah settle semua checklist?
Bila dah hampir dengan tarikh majlis,macam-macam benda kena double check.Mana lah tau kan ada yg ter'miss'.
Baju nikah dah siap booking?
Hantaran dah gubah?
Bunga telur dah ada?
Macam-macam benda lain nak fikir.
Salah satu benda yg penting untuk pengantin ialah bunga tangan or bridal hand bouquet (HB).
Saya nak share kelebihan dan kekurangan HB fresh flower dan artificial.

HB Fresh Flower
1. Sudah tentu la berbau wangi sebab ianya segar bugar.
2.Pelbagai pilihan warna dan jenis yang menarik.Sangat senang untuk disesuaikan dengan tema majlis anda nanti.
3.Sukar untuk mengekalkan kesegaran bunga untuk tempoh yang lama.Bila layu...kena buang juga.
4.Harga yang agak mahal (mengikut jenis bunga).Kalau bunga import,confirm lah mahal kan.Kalau bunga tempatan,murah sikitttt je.

HB Artificial Flower
1.Tidak mempunyai bau tapi sesuai untuk mereka yg alah pada bauan yang kuat.
2.Boleh disimpan sebagai kenangan setelah habis majlis nanti.
3.Terdapat banyak pilihan warna yang menarik juga.
4.Terdapat banyak pilihan harga..dari murah sampai mahal.Kalau anda menggunakan bunga tiruan berkualiti tinggi,sudah tentu harganya menyamai bunga segar...betul x.

Ini adalah antara kelebihan dan kekurangan bunga segar dan tiruan.
Terpulang kepada anda untuk memilih jenis hand bouquet yang mana satu.Yang pasti,kedua-duanya akan tetap cantik kalau Bunga Hantaran By Aida yang gubahkan...hehehhe.

Jom tengok beberapa pilihan HB fresh flower dan artificial hasil gubahan saya. Kalau berminat untuk menempah,cepat lah contact-contact saya.:-)

Watsapp/msg : 019 910 2549 (Aida)
Email: aida.bungahantaran@gmail.com
FB Page: Bunga Hantaran By Aida (for more sample of hand bouquet)

Monday, April 21, 2014

HANTARAN PURPLE FRESH FLOWER

Assalamualaikum...

Hantaran client using fresh flower in purple and white.
Simple yet nice.

Using estoma,orchid and roses and also paku-pakis leaves.




























Call/Watsapp   019 910 2549 (aida)
Email   aida.bungahantaran@gmail.com
FB Page   :  Bunga Hantaran By Aida


Sunday, April 20, 2014

TIPS MEMILIH HANTARAN MENGIKUT TEMA

Assalamualaikum..

Hai bakal pengantin.Macamana preparation untuk majlis nanti?
Pastikan anda membuat persiapan mengikut checklist yang dah di buat.

Kali ni saya nak berkongsi tips memilih gubahan hantaran mengikut tema anda.

Wedding zaman sekarang selalunya ada theme @ konsep tertentu macam klasik/vintaj,traditional melayu,english style,moden kontemporari,minimalis macam-macam lagi lah.
Pemilihan gubahan hantaran juga mestilah mengikut tema majlis anda. Kalau lari konsep,nampak macam x kena la pulak kan.

Klasik/vintaj
Untuk menampak konsep vintaj di dalam hantaran, penggunaan dulang hantaran berasaskan kayu dan kotak harta karun adalah paling sesuai. Pergi je kedai bunga Romantika untuk cari bekas yg sesuai dengan tema vintaj. Untuk bunga pula,warna lembut @ pastel paling sesuai cth nya soft pink, soft purple, cream dan putih merupakan kaler yang paling sesuai. Tambahkan aksesori hiasan yang sesuai untuk menaikkan seri vintaj tu. Susunan bunga juga penting. Jangan terlalu sarat sebab vintaj konsepnya simple dan klasik.

Traditional
Kalau anda pencinta konsep traditional, penggunaan dulang berukir tembaga adalah paling sesuai. Atau pun, dulang hantaran kayu berukir juga boleh nampak klasik. Kalau guna tembaga, kos akan jadi lebih mahal. Jadi, boleh gantikan dengan dulang kayu. Sekarang pon ada banyak dulang plastik yang berukir seakan tembaga. Anda boleh gunakan kain alas untuk menonjolkan konsep traditional tu. Untuk bunga pula, warna kuning, peach, oren dan merah paling sesuai untuk konsep traditional. Tambah warna lain seperti putih untuk menampakkan kelainan. Baru lah nampak klasik traditional.

Moden Kontemporari
Untuk konsep moden, dulang seperti pasu paling sesuai untuk digunakan. Dan kos juga sangat 'moden'...mahal katakan..hehehehe. Untuk bunga, apa-apa warna pon sesuai asalkan tidak lebih dari 3 warna. Kalau lebih dari 3 warna, akan nampak serabut dan caca-merba. Tambahkan hiasan bola kristal. Tadaaa....dah jadi gibahan yang sangat moden dan cantik.

Apa juga konsep dan warna pilihan anda, pastikan ianya meletoppp dan glamerr. Baru lah nampak macam.majlis kahwin....kan.

Kalau x sempat nak buat hantaran sendiri, boleh je mintak Bunga Hantaran By Aida buatkan. Bagi tau tema dan budget je. Even budget x banyak, tapi saya boleh adjust mengikut kesesuaian tema anda.

Ok..jom booking sekarang!!!
019 910 2549 (aida)

Assalamualaikum

Tuesday, April 8, 2014

Promosi Terhad Dari Bunga Hantaran By Aida

Assalamualaikum!!!!

Dear bride and groom to be.

Bunga Hantaran By Aida are now open a booking promotion.
Any booking for hantaran flower arrangement using fresh flower will get promotion price at RM75 per tray (Normal price RM100).

Booking period: 08 April 2014 0 11 April 2014

Hurry!!! Make your booking now. Date can decide later.

Call/ WatsApp/ Msg: 019 910 2549 (aida)
Email: aida.bungahantaran@#gmail.com




Sunday, March 23, 2014

Hand Bouquet Using Form Flower and Brooch

Assalamualaikum...

Dah lama x update pasal hand bouquet.
Bridal selalunya suka hand bouquet menggunakan fresh flower sbb nampak mewah tetapi x dapat simpan lama....
But of course the price slightly higher compared to artificial flower.
Saya suggest untuk gunakan form flower for those yang nak hasil hand bouquet seakan fresh flower tetapi dapat simpan sebagai kenangan.

Jom kita tngk hasil bridal hand bouquet using form flower yang Bunga Hantaran By Aida hasilkan.




















Ada element brooch kat situuuu....something different yet unique.

Untuk tempahan, sila hubungi Bunga Hantaran By Aida sekarang!!

WatsApp/Msg : 019 910 2549  aida
Email: aida.bungahantaran@gmail.com
FB Page: Bunga Hantaran By Aida


Assalamualaikum....

Hantaran Fresh Flower Pink Merah & Putih

Assalamulaikum...

Macam selalu, saya nak share hasil gubahan saya menggunakan fresh flower...orchid, roses and baby breath.

Orchid just like my favorite flower skarang.
Plus my customer don't mind to use any flower....so I choose these three flower for the hantaran.
Nak lagi menarik...I use silver leaves dengan crystal ball...
Enjoy da pics!!























Like this deco?
Just contact us now for best price!!!
WatsApp/Msg: 019 910 2549  aida
Email: aida.bungahantaran@gmail.com
FB Page: Bunga Hantaran By Aida



Lots of Love....Aida

Saturday, March 22, 2014

Hantaran Bunga Tiruan Biru Kelabu

Assalamualaikum.... Dah lama x update gambar hantaran bunga tiruan.
Last time ada buatkan hantaran tema kaler biru..guna bunga tiruan.
Saya gunakan bola kristal sebagai aksesori hiasan tambahan.
So peeps, enjoy the pics!!
mana lah tau dapat ilham untuk buat hantaran kahwin nanti...
Kalau x sempat nak buat sendiri hantaran, just contact Bunga Hantara k!!




 Msg/Watsapp: 019 910 2549 (aida)
 Email: aida.bungahantaran@gmsil.com
 FB Page: Bunga Hantaran By Aida


Tuesday, March 4, 2014

Hantaran Pink & Merah Bunga Tiruan

Assalamualaikum...

Hai peeps!!
This time I would like to share my hantaran deco using artificial flower in pink and red color.
This hantaran also appear in Pesona Pengantin magazine.

Enjoy the pics and do contact me for quotation.

WatsApp/Msg: 019 910 2549(aida)
Email: aida.bungahantaran@gmail.com
FB Page: Bunga Hantaran By Aida

Monday, March 3, 2014

Hand Bouquet Bunga Form & Brooch

Assalamualaikum...

Holla peeps!!!

This is my hand bouquet' collection using form flower.

I love form flower cause its look real...just like the real flower even its only form flower.

Normally I'll advise my client to use form flower instead of normal artificial flower.and u'll not regret with my advise...trust me!!

To the bride to be...enjoy my hand work..If u interested to booking,just contact me at this number  or email.

WatsApp/Msg: 019 910 254 (aida)
Email:aida.bungahantaran@gmail.com
FB Page:Bunga Hantaran By Aida